This image for Image Layouts addon

INTERPRETASI

PENULIS: SITI AINUN JARIYAH BT HASSAN


Interpretasi membawa seribu erti
Erti yang mungkin dihakimi
Mungkin jua disalah erti
Kadang interpretasi kosong tak berisi
Kadang ditambah pelbagai persepsi
Namun jangan dilupa diri
Tiap interpretasi membawa implikasi

Sebelum membuat interpretasi
Jangan lupa berhati-hati
Tak lupa jua untuk mengkaji
Biarlah interpretasi membawa seri
Didorong hati suci dan murni
Ilmu dan budi menambah erti
Moga jauh hasad dan dengki

This image for Image Layouts addon

TAMAN BAHAGIA

PENULIS: FATHIAH IZZATI BINTI MOHAMAD FADZILLAH


1985, tahun mula mendiami
Tempat dilahirkan, dibesarkan, membina jatidiri
Belumpun tamat persekolahan, aku membawa diri
Berhijrah, bermukim, merantau, untuk kemajuan peribadi.

Namun, aku tetap kembali
Kerana tempat tumpah darah memang sukar untuk dilupai
Dari sejak lahir sehinggalah ibu dan kekanda meninggalkan diri
Aku sentiasa pulang ke sini.

36 tahun hidupku di dunia ini
Segala perubahan disaksikan dengan mata sendiri
Kejiranan yang tenang dan aman dambaan sanubari
Dan aku masih berada di sini.

Kepesatan pembangunan kadangkala dibimbangi
Diiringi bencana alam yang datang dan pergi
Surutnya bah maka tenanglah kejiranan ini
Dari hingar bingar kenderaan yang ke sana dan ke mari

Aku tetap berada disini.

This image for Image Layouts addon

DAN AKU

PENULIS: AMY ZULAIKHA MOHD ALI


Dan aku terus jadi mentari
Tatkala kelam tak nampak bumi
Sumpah ku tulus sejak azali
Hanya Ilahi yang jadi saksi

Dan aku terus jadi sang bayu
Meniup dingin keluh kesahmu
Menghibur duka lara dan pilu
Di lubuk hatiku terukir namamu

Dan aku terus jadi langit
Izinkan aku terus jadi langitmu
Melestarikan janji tutur
Terpatri dalam takdir

This image for Image Layouts addon

DUHAI ANAK

PENULIS: ALIA NAJAA BINTI MD NOR


Duhai anak
Tubuh kecilmu kutimang
Bertatih-tatih kudorong
Tiap jatuhmu tersungkur
Aku dukung

Dewasa kelak anakku
Kian beronak jalan di hadapanmu
Hapus tangis bingkas bangkit
Dunia tidak menunggu

Andai usai tugasku
Pasti dijemput Yang Satu
Tetaplah maju langkahmu
Mara usah ragu-ragu
Duhai anak.

This image for Image Layouts addon

AIR MATA ITU

PENULIS: HAMIZAH ZAHARI

Wahai perindu akhirat
Carilah air mata itu
Yang gugurnya kerana iman
Yang keringnya membawa aman

Wahai pejuang akhirat
Air mata itu tidak lemah
Ia penghilang letih, penghindar pedih
Dalam melewati dunia hitam putih

Usah biar air matamu sia-sia
Menangislah kerana cinta
Menangislah untuk cinta Sang Pencipta!
SYURGA itu mahal

This image for Image Layouts addon

CERMIN HATI

PENULIS: KHAIRUL BAHRI BIN ABDUL SAMAD

Kita bertamu di cermin sejati
Memandang ke dalam menampakkan diri

Arahlah wajah ke segenap pasti
Menapak kaki dijalan dikehendaki

Ke hadapan melihat cinta
Ke belakang melihat bahagia

Jika nan cermin usang dan kabur
Kotor berdebu bercampur baur
Memghambat hakikat wakah sekujur

Didalam cermin itulah realiti
Bagi orang yang berjalan mencari
Cinta hakiki berakar umbi

Bermula membuang segala daki
Penghujung mahkota mengenal diri
Kita bertemu dicermin sejati.