9 Mei 2023 - Seramai 8 orang peserta melibatkan semua pegawai dan staf unit pentadbiran telah menghadiri bengkel myPortfolio yang bertempat di Bilik Mesyuarat Kecil PBM UMP Pekan.
Bengkel ini dilaksanakan selaras dengan edaran Pekeliling Pentadbiran UMP Bil. 14 Tahun 2022 Mengenai Pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 - Myportfolio: Panduan Kerja Sektor Awam di Universiti Malaysia Pahang.