Previous Next
">

Kerja pembasmian di bangunan PBM, UMP Pekan

Kerja-kerja pembasmian kuman di Pusat Bahasa Moden Kampus Pekan diadakan pada Ahad, 29 Mac 2020.

Kerja bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari melibatkan semua ruang pensyarah, bilik-bilik dekan dan ahli pengurusan, ruang pentadbiran, ruang P&P, ruang legar, lobi, tandas dan keseluruhan ruang di bangunan PBM. Proses kerja ini dijalankan oleh pekerja daripada UMPH dan diselia oleh Hafis Hafifi Karim dan Mohd Helmi daripada PBM. PBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam proses kerja pembasmian kuman di PBM.


Print   Email