Previous Next
">

MESYUARAT PUSAT BAHASA MODEN UMPSA BERSAMA PANEL LANTIKAN LUAR - MELANGKAH BERSAMA MENUJU KUALITI PENDIDIKAN UNGGUL

Pusat Bahasa Moden UMPSA telah menganjurkan Mesyuarat bersama Panel-panel Lantikan Luar pada 24-25 Mac 2024 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Penganjuran mesyuarat berkonsepkan serampang tiga mata ini melibatkan tiga mesyuarat bersama panel berasingan iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian, Mesyuarat Panel Pemegang Taruh berserta Mesyuarat Panel Penasihat Industri. 

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan serta mendapatkan maklumbalas ahli panel bagi semakan kurikulum sedia ada serta cadangan penawaran program baru di Pusat Bahasa Moden dalam memenuhi kehendak governan akademik UMPSA dan badan akreditasi. Di samping itu penganjuran mesyuarat ini juga merupakan platform terbaik dalam memastikan standard pendidikan bagi kursus dan program pengajian yang diadakan serta menentukan kebolehlaksanaan apa-apa kursus dan program pengajian yang ditawarkan berdasarkan input dan maklumbalas yang diterima daripada kalangan ahli panel mesyuarat.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian merupakan mesyuarat pertama yang berlangsung iaitu pada pagi Sabtu,24 Mac 2024 dengan dipengerusikan oleh YBhg Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMPSA dan disertai bersama Profesor. Dr Kamal bin Yusoh, Penolong Naib Canselor, Pengembangan Akademik, UMPSA, Prof Madya Dr Nik Aloesnita binti Nik Mohd Alwi, Dekan Pusat Bahasa Moden, UMPSA, ahli pengurusan Pusat Bahasa Moden serta ahli panel Jawatankuasa Pengajian yang terdiri daripada kalangan ahli industri iaitu Encik Mohd Jeffery Abdull Manaf, Director Production M2 dari Infineon Technologies Malaysia Sdn. Bhd serta Encik Ahmad Thibraani Bin Termizi Senior Project Manager dari OSRAM-Opto Semiconductors Sdn. Bhd.

Mesyuarat kedua iaitu Mesyuarat bersama Panel Pemegang Taruh telah berlangsung pada petang Sabtu,24 Mac 2024 yang melibatkan seramai 12 orang ahli panel yang terdiri dari kalangan wakil akademik, wakil industri, wakil penaja,wakil ibubapa, wakil alumni, wakil pelajar serta ahli pengurusan PBM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dekan PBM dan diadakan secara hybrid kerana terdapat empat (4) ahli wakil alumni bersiaran dari Arab Saudi, United Kingdom dan Algeria.Maklumat berkaitan panel yang hadir adalah seperti berikut:

BIL

NAMA

AGENSI

WAKIL

1

Encik Mohd Radi bin Abdullah

Exa Media Solutions Sdn. Bhd, Shah Alam

Wakil Indu

stri

2

Encik Mohd Hazaruddin Muhammad

Reliability Engineer, BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd, Gebeng, Kuantan

Wakil Industri

3

Profesor Dr. Anealka binti Aziz Hussin

Profesor, Akademi Pengajian Bahasa, (UiTM

Wakil Akademik

4

Profesor Madya Dr. Ainul Azmin Binti Md. Zamin

Profesor Madya, UIAM

Wakil Akademik

5

Puan Azimah binti Othman

Pesara Guru

Wakil Ibubapa

6

Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim

Ketua Bahagian Korporat ,Pusat Kutipan Zakat Pahang

Wakil Penaja

7

Siti Nur Amanina Binti Nazri

Guru Akademik, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang,

Wakil Alumni

8

Dr. Abdelmadjid Benraghda

Head of Intensive Language Teaching Center

University of Illizi, Algeria

Wakil Alumni

9

Dr. Nadia Refat

Visiting Lecturer, TLC College, Wolverhampton, UK

Wakil Alumni

10

Dr. Muhammad Khalid Mehmood Sajid

English Lecturer, College of Applied Medical Sciences, King Saud bin Abdul Aziz University for Health Sciences, Alhasa

Wakil Alumni

11

Dr. Muhammad Khalid Mehmood Sajid

English Lecturer, King Saud bin Abdul Aziz University for Health Sciences, Alhasa

Wakil Alumni

12

En. Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh

Jabatan Pengajian Am, Institut Latihan Perindustrian

Wakil Pelajar


Mesyuarat Panel Penasihat Industri yang merupakan mesyuarat ketiga telah diadakan pada pagi Ahad, 25 Mac 2024 turut dipengerusikan oleh Dekan PBM dengan dihadiri oleh serama enam (6) wakil industri daripada pelbagai industri serta lima (5) orang ahli pengurusan PBM dan empat (4) orang ahli jawatankuasa pembangunan program baru PBM yang merupakan pensyarah/guru bahasa kanan di PBM. Ahli panel industri yang terlibat adalah seperti berikut:

BIL

NAMA

AGENSI

1

Pn Farah Hani Roslan

Human Capital Manager,DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd,

2

En Adli Zaim bin Awal

Executive Director, Impressive Logging Services Sdn Bhd

3

Dr Rashida Mat Rani

Head, Human Capital Division, EON BERHAD, (subsidiary of DRB-HICOM Group)

4

Ir. Ts. Noraziah binti Muda

Head of Unit Renewable Energy and Green Technology Unit,TNB Research Sdn.Bhd

5

Pn Nursoraya binti Abdul Rahma

Head, Corporate Affairs and Commercial, TETO Engineering Sdn Bhd

6

Pn Hamidah Khan

Manager, Group Risk ,Capital A Berhad, KLIA


Sebagai pusat servis yang menawarkan kursus dan program beriorientasikan bahasa, input daripada industri sangat diperlukan bagi memastikan kelestarian kursus dan program agar memenuhi keperluan industri dan membantu program dalam meningkatkan mutu kualiti program. Secara keseluruhannya, perbincangan mesyuarat mengkhusus kepada maklumbalas berkaitan kewajaran penawaran kursus dan program sedia ada merangkumi jumlah jam kredit, course outcomes, bahan rujukan dan penilaian, penyataan Objektif Pendidikan Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO), dan struktur kurikulum di PBM. Ahli panel mesyuarat turut memberikan maklumbalas berkaitan kerelevanan cadangan program baharu PBM, PostGraduate Certificate/Diploma. Pelbagai input berguna telah diperolehi bagi menjamin peningkatan kualiti berterusan kurikulum program. Pihak Pusat Bahasa Moden merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kesudian kesemua ahli panel yang berkelapangan untuk hadir pada ketiga-tiga sesi mesyuarat ini dalam menyumbang saranan, idea, input yang sangat bermanfaat. Interaksi dan jaringan bersama industri sangat penting untuk menambahbaik kurikulum kursus dan program sedia ada dalam menepati kehendak pasaran industri dan juga selari dengan keperluan akreditasi.

Oleh: Nor Ashikin binti Sulaiman


Print   Email