Previous Next
">

PENGANJURAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PUSAT BAHASA MODEN 2.0 (2023)

5 Oktober 2023 – Bersempena dengan kempen Moh Patuh, Prihatin dan Tegur Minggu KKP UMPSA yang akan diadakan pada 9-13 Oktober 2023, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pusat Bahasa Moden (PBM) telah menganjurkan Minggu KKP PBM 2.0.

Program yang berlansung pada 2 - 4 Oktober 2023 di bangunan PBM, Pekan, ini juga turut melibatkan kerjasama pihak Unit Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) UMPSA dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Bertemakan konsep Know OSH, No Pain, penganjuran program ini adalah kesinambungan kepada penganjuran Minggu KKP PBM 1.0 yang telah diadakan pada tahun 2022 yang lebih bertumpukan kepada asas pengenalan elemen OSH untuk diterapkan kepada setiap warga PBM.

Antara pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang penganjuran program:

  • Mobile Clinic
  • Sesi perkongsian Amalan Regangan di tempat kerja bersama Jurupulih Perubatan, PKU, Puan Nur Amalina binti Othman
  • Latihan Kawad Kecemasan bersama pihak Jabatan Bomba, cawangan Peramu, Pahang
  • Sesi perkongsian 5 Minute Safety Moment
  • Aktiviti Risk-Busters Rally yang berkonsepkan Hazard Hunt Explorace

Di samping menerapkan kesedaran berkaitan elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan warga PBM, penganjuran program ini juga bertujuan menyahut seruan pihak UMPSA untuk menganjurkan program sihat bagi memastikan warga PBM kekal sihat dan harmoni.

Melalui aktiviti Risk-Busters Rally, peserta berpeluang mempelajari dan memahami secara menyeluruh elemen berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang perlu diberikan perhatian semasa menjalankan tugas.

Aktiviti ini juga menyediakan beberapa ‘checkpoint’ Risk-Busters Rally yang mempunyai misi dan objektif tersendiri seperti maklumat umum berkenaan OSH, langkah asas pertolongan cemas bersama Encik Mohd Mustaqim Azizan, Certified First Aider yang dikendalikan oleh Enquest Petroleum Limited, cara pemakaian ‘bunker gear’, kenal pasti ubat-ubatan di dalam ‘first aid box’, kenali label keselamatan, kenal pasti ‘hazard’ dan demonstrasi pemadaman api.

Aktiviti berkaitan kesedaran KKP di PBM tidak hanya ternoktah pada minggu tersebut, sebaliknya berlanjutan sehingga aktiviti siri II yang telah dirancang untuk diadakan pada 14 - 16 November 2023, iaitu Kursus Asas Pertolongan Cemas, Sesi Perkongsian, Mock Audit Pemeriksaan Tempat Kerja serta Pertandingan Masakan Kesihatan (Cullinary Wellness).

#KnowOSH,NoPain
#SkuadcaknaKKPPBM

Disediakan oleh: Nor Ashikin binti Sulaiman (Penyelaras Unit KKP, PBM)


Print   Email