Previous Next
">

SIRI REFLEKSI JIWA @ PBM EDISI RAMADHAN

Siri Refleksi Jiwa @ PBM Edisi Ramadhan ini diadakan pada setiap hari Jumaat dalam bulan Ramadhan 2023 bermula jam 9:00 pagi melalui secara langsung di studio PBM, UMP Pekan dan Facebook Page Centre of Modern Language.

Program ini adalah anjuran Unit Pengukuhan Organisasi PBMCare, Pusat Bahasa Moden UMP dengan kerjasama Pusat Sains Kemanusiaan UMP merupakan satu bentuk program perkongsian berkaitan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia.

Penceramah yang terlibat dalam slot siri ini iaitu:

Tarikh

 Penceramah

 24 Mac 2023 

 Prof. Madya Dr Hasan Ahmad & Prof. Madya Dr Sulaiman Mansor

 31 Mac 2023

 Dr Mohamad Hilmi Mat Said & Dr Mohd Suhardi Mat Jusoh

 7 April 2023

 Dr Abdul Kamil Jamaludin & Prof. Madya Dr Rashidi Abbas

 14 April 2023

 Dr Tuan Sidek Tuan Muda & Dr Muhammad Khalish Ibrahim

 

Menerusi perkongsian ini para pendengar di perkenalkan dengan potongan ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan bulan Ramadan yang boleh dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam menjalani ibadah berpuasa dengan lebih bermakna.

Para penonton juga di sarankan agar mengamalkan amalan berkongsi dan bersedekah. Amalan sedekah adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredhaan NYA selain dapat membantu insan yang memerlukan.

Selain itu, amalan yang disarankan ketika berbulan puasa adalah membaca Al-Quran secara bertadarus yang bertujuan memperbaiki bacaan/ hafalan serta terus cintakan Al-Quran. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Al Bukhari yang ertinya “Jagalah Al-Quran, Demi Allah yang jiwaku berada di tangan NYA”.

Perkongsian sebegini sangat bermanfaat dan secara tidak langsung merupakan medium untuk semua pendengar dan pihak terlibat untuk mengambil tindakan muhasabah diri. Ini selaras sifat manusia yang sering terlupa dan perlu sentiasa diingati. Melalui peringatan sebegini semua pihak boleh mengambil iktibar untuk terus beramal dan melakukan tindakan yang baik sepanjang bulan mulia ini serta diteruskan pada masa akan datang.

Menurut Shamsul Harbi, Guru Bahasa Inggeris Pusat Bahasa Moden, Siri Refleksi Jiwa ini banyak menambahkan ilmu pengetahuannya dan beliau merasakan perkongsian ini bertepatan dengan bulan Ramadan yang sedang kita semua lalui.

Manakala pandangan dari salah seorang pendengar dari kalangan bukan staf UMP melalui Facebook Page, Yusillas Madrid iaitu “pagi hari minum sirap.. peh terbaik mantap…”. Jelaslah bahawa perkongsian ini berjaya menarik penonton dari pelbagai latar belakang untuk menyertainya.

Semoga semua siri refleksi ini mendatangkan manfaat kepada semua dan program sebegini dapat di laksanakan pada masa akan datang.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus mohon kemaafan,

Salam Ramadhan 2023 dan salam Syawal 2023 yang mulia!

 

Disediakan oleh : Erma Yanti Zakaria & Jamilah Bebe Mohamad


Print   Email