Previous Next
">

BENGKEL MYPORTFOLIO UNIT PENTADBIRAN PUSAT BAHASA MODEN SIRI 1/2023

9 Mei 2023 - Seramai 8 orang peserta melibatkan semua pegawai dan staf unit pentadbiran telah menghadiri bengkel myPortfolio yang bertempat di Bilik Mesyuarat Kecil PBM UMP Pekan.

Bengkel ini dilaksanakan selaras dengan edaran Pekeliling Pentadbiran UMP Bil. 14 Tahun 2022 Mengenai Pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 - Myportfolio: Panduan Kerja Sektor Awam di Universiti Malaysia Pahang.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan semua Universiti Awam (UA) perlu melaksanakan pengisian myPortfolio dalam sistem HRMIS. Sehubungan dengan hal ini, PBM terlebih dahulu telah mengadakan satu sesi Klinik JD/MyPortfolio untuk semua staf PBM pada 2 dan 3 Februari 2023.

Hasil kesinambungan sesi tersebut, bengkel khas unit pentadbiran diadakan untuk memperbaiki, mengemaskini dan menyempurnakan MyPortfolio yang telah dibangunkan.

MyPortfolio adalah satu dokumen rujukan rasmi yang mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan organisasi dan penjelasan deskripsi tugas, fungsi, aktiviti, prosedur dan proses kerja yang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan tugas seharian bagi sesuatu jawatan.

Dengan wujudnya sistem myPortfolio yang telah siap diisi oleh semua staf sudah semestinya platform ini akan menjadi sebuah bentuk rujukan dalam bentuk elektronik untuk rujukan semua pihak.

Kemudahan sebegini selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang yang menjadikan kemudahan dan maklumat kini di hujung jari sahaja, semuanya dapat di capai dan di rujuk dengan mudah dalam sistem elektronik yang telah dibangunkan.

Platform rujukan begini sudah semestinya lebih tuntas dalam keupayaan menguruskan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian  perkhidmatan sektor awam.

Bengkel seterusnya dalam kalangan staf unit pentadbiran PBM akan dilaksanakan dari semasa ke semasa sepanjang tahun 2023.

Disediakan oleh: Suriayati Mohd Sidek dan Jamilah Bebe Mohamad


Print   Email